Sunday, May 31, 2009

International Swiss in Chocolate Making Course

*30/31 Mei 2009*(1 Class)
  1. Menyertai kursus coklat daripada Chef Amer (Malaysian Master Chocolatier) adalah sesuatu yang paling berharga, menarik dan teruja kerana dapat mengetahui teknik-teknik yang sebenar dalam pembuatan coklat. Walaupun ramai yang beranggapan yuran kursus terlalu mahal berbanding kursus coklat di tempat lain, ianya amat amat memuaskan kerana dari sejarah coklat sehinggalah resepi coklat semuanya di ajar dengan lebih terperinci.

*Antara peralatan yang digunakan dalam pembuatan coklat

*Chef Amer menunjukkan cara dan teknik tempering yang betul

2. Tempering adalah proses yang perlu dilakukan pada coklat jenis couverture (real chocolate) untuk membuang angin-angin yang terkandung di dalam coklat. Manakala kompaun lebih mudah digunakan tanpa perlu proses tempering untuk membentuk coklat. Teknik pertama dalam membuat coklat pada hari pertama kelas kami ialah menggunakan teknik Moulded. Iaitu dengan menggunakan acuan.

*Setelah proses tempering selesai, coklat di masukkan ke dalam acuan

*Praline Chocolate yang berinti hazelnut.

To be continued......


No comments:

Post a Comment